fuhh..setelah hampir 3 bulan memendam rasa dan perasaan aku gusar.
tidur tak tidur..makan tak makan..kecuali waktu mandi saja terurus seperti biasa..
bayangkan 3 bulan bahu ini terasa berat dek kerana sesuatu perkara yang aku pegang yang sepatutnya menjadi kebanggaan buat diriku. namun itu semua rupa-rupanya beban yang tidak tertanggung dek diri ini.kerana itu semua aku berubah menjadi seorang yang pendiam, tidak lagi seceria dulu.kata teman-teman,tiada lagi senyuman dan kemeriahan kebecokan mulutku.gara-gara itu semua aku tidak makan nasi selama seminggu.hanya segelas milo menjadi penemanku.tiap waktu tidur atau rehat,lutuku dan dadaku bergetar hebat.tidur bukan lagi ada dalam kamus hidupku.setiap tidak sampai 10 minit aku memejamkan mata..mataku pasti terbuka.mimpi buruk mengejutkan aku.bayangkan...penyakit itu berterusan hampir 3 minggu..merana hidup aku dek kerana sesuatu yang patut menjadi kebanggaaan itu...
semakin dekat dengan detik itu..semakin sakit jiwaku.saat ditinggalkan sendirian ataupun keseorang..aku menjadi sepatuh gila...tidak boleh keseorang..itulah aku..kesunyian telah menjadikan otak aku tidak dapat berfikir dengan waras...
semua ini kerana aku dilantik menjadi PENGARAH PROJEK untuk ORGANIZING EVENT OMT290...
program yang aku dan rakan-rakan sekelas jalankan ialah MAJLIS MAKAN MALAM AMAL BERSAMA ANAK-ANAK YATIM DAN MISKIN NURUL IMAN-MALAM PENUH CINTA yang mana telah berakhir seminggu yang lalu.
KINI........
hidupku kemabali seperti dulu..
aku menjadi lebih tenang dan dapat menumpukan perhatian terhadap pelajaran..aku dapat meluangkan masa bersama teman-teman dan dapat kembali menghadiahkan senyuman kepada sesiapa sahaja....
terima kasih kepada rakan-rakan yang banyak membantu dan juga tidak lupa terhadap keluarga yang sentiasa memberi sokongan yang besar terhadap diriku di kala aku menjadi waras dan juga tidak waras..
sentiasa berada di belakang aku menyokong dan membimbing aku agar tidak terpesong....
Syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah dan kurniaNya..
semuanya berjalan lancar dan kini..aku pulih seperti biasa dan hidupku tenang..
Salam...
No comments:
Post a Comment