Tuesday, May 26, 2009

hidup ini sebuah percaturan

assalamualaikum.

hari ini aku nk bercerita ttg kehidupan kita.
smua org sedia maklum bahawa kehidupan ini merupakan sebuah percaturan.

permainan catur? bagaimana ya?
permainan catur merupakan suatu permainan yang begitu mencabar dan menguji kemampuan kit a dalam membuat kepututsan yang paling tepat!
sekali kita membuat keputusan, tidak mudah bagi kita untuk merubahnya kembali (kecuali dlm sesetengah situasi saja)
kita hanya meletakkan sesuatu keputusan itu, sebagai percaturan kerana kita tidak tahu samada ada keputusan itu betul atau tidak.
kita perlu menunggu keputusan dari pihak lawan.
kita hanya melihat dari sudut yang kita nampak.
setiap manusia akan membuat keputusan yang terbaik tetapi kita tidak tahu adakah keputusan itu baik bagi pihak lain.
kita hanya menanti pihak lain memberikan respons dan komen atas perbuatan kita.
sebagai manusia, kita hanya melihat apa yang kita buat semuanya betul.kadangkala kita tidak tahu kesalahan kita.kita tidak nampak kesalahan kita.hanya orang lain yang boleh nampak kesalahan kita sebagaimana kita nampak kesalahan orang lain.

kita memilih jalan yang terbaik untuk menuju kejayaan dalam kehidupan kita namun kita tidak tahu apakah ianya benar2 akan terjadi seperti yang kita rancangkan.
hanya Allah s.w.t. saja yang mengetahui.
kita perlu berusaha untuk mencapai sesuatu dan kita berdoa agar Allah s.w.t. makbulkannya.

dalam kehidupan seharian kita, kita akan sentiasa membuat percaturan.
contohnya: kita membuat keputusan untuk memasak kek. itu hanyalah sebuah percaturan, kita tidak tahu samada kek itu akan menjadi ataupun sebaliknya (hangus!).
sebab itu kita jangan terlalu yakin dengan kek yang kita bt tu kerana kita belum tahu keputusan di penghujungnya.

jadi,dalam kehidupan ni,kita tidak pernah tahu apa yang akan terjadi diakhir sesuatu itu.
kita hanya boleh mengambil jalan yang kita pilih dan mengagak saja keputusan yang bakal kita perolehi sedangkan kita hanya merancang manakala semuanya akan ditentukan oleh ALLAH S.W.T....

p/s> berwaspadalah dalam membuat setiap keputusan dalam kehidupan anda..

wassalam....

No comments:

Post a Comment