Friday, July 24, 2009

CANON EOS450D

Innalillah...

Salam..
hari ni ada berita sdih yg aku nk story kt blog ni..
seorang sahabat seperjuangan telah meninggalkan kami semua lpas smbhyang jumaat kelmarin..
xsangka dia akan pergi dulu.even aku xlah rapat n baik sgt dgn dia, tp aku knal jgak dia tu.ari isnin aritu bru dok gelak2 dlm klas dgan latahan si Yat tu...sdih kemain rasanya..
nk pegi menziarah tp seganlah.dia bkn kenalan rapat cuma teman 1 program n 1 klas ctu je.
ktaorg slalu pgl dia mr. soshi sbb mukanya sama dgn salah satu watak dlm filem jepun 'roboto'.
xsangka..xsangka..n sgt2 xsangka..
tp sbg manusia kta kna redha dgn ketentuan Illahi.
sbb kematian adalah krn accident.dilanggar oleh apa aku xsempat nk tnya.tp yg aku tau dia accident lpas blk dr smbhyang jumaat.smga matinya didlm iman.aku berdoa moga2 rohnya ditempatkn dikalangan org2 yg beriman....amin...

H1N1-EVERBODY BACK TO HOMETOWN

salam...
tiba2 blk umah.cuti trgempar la katakan.xsangka btl
mula2 ngatkn tanak blk umah bcoz very bz ngan assignment.tp xsangka lak trpaksa blk disebabkn virus yg tba2 menyerang d kampus uitm sri iskandar.
masa dpt berita n tgk smua student lari kluar dr kampus mcm kampus nk meletup tu, mmg gila pnya rsa nk menangis.tp tahanla hati ni..xkanla nk menangis dlm bas yg tgah sesak ngan student tu kn..huhu...
nsib bek la i ada kereta.klu x...trpksala i berebut beli tiket ngan bdk2 lain.ada hikmah i bwk keta p sna.n lg 1 seb bek la si fikri tu ada..blh la dia jd driver.nk hrapkn i drive sorang2 blk aloq staq.? xsampai2 la jwbnya.mlm pulak tu..papepun,thanks la kt mamat yg suka ckp i gemok tuu.!
so..hemm...blk umah bkn duk sja bela bdn na...nk kena bt assingment.nnt xla teruk sgt bla blk sana...

Thursday, July 16, 2009

Back to the Campus.

salam..
nilah storynya bla bru balik ke kampus.
ali-kisah tersebutlah hikayat kampus yg x aku sangka2 seperti sem lepas.
mak ai...terkejut beruk dgn apa yg i need to do ASAP!
msa mula2 sampai kampus, i n roomates bertungkus-lumus la mengemas bilik kitaorg.
2,3 hari lpas start klas..rsa mcm bosan sgt2 bcoz xda bnda apa pun nk bt.
lecturer pn bnyk yg xmsuk klas..paham2la hdup kt u ni..awal2 mmg jadual berterabur (pening kepala dibuatnya.tambah2 bila ada kls yg clash) hem....
story yg paling menyayat hati..
dlm 1 hari yg sama----kettle rosak,iron xpanas,extension ikut meletup brsama kettle,printer stuck & charger laptop rosak.aduhai....kapak la mcm ni...
hem...lpas tu,start ari ahad..
ahad mlm-latihan silat,isnin bz,mlm latihan silat agi..
esoknya selasa,kls full n kena settle psl clash tu,mlm meeting...
and seminggu bz nk mati...adoyai...tension btl....

Tuesday, June 2, 2009

MEMANCING CARA SRI LANKA

Satu-satunya pandangan yang menarik di Sri lanka ialah
memancing dari atas kayu pancang (stilt fishing).

Ia adalah tradisi lama di Sri Lanka.
Anda boleh nampak mereka duduk di atas papan kecil
yang diikat ke kayu pancang dengan harapan mendapat tangkapan.











Meskipun kelihatan begitu menarik,
apa yang dialami oleh penangkap ikan ini bukannya menyeronokan.

Mereka duduk berjam-jam di atas papan kecil dengan harapan
dapat menangkap seekor-dua ikan sekecil 5sm,
kerana lautan yang bergelombang menjauhkan ikan-ikan yang lebih besar.

Dan, harga seekor hanyalah 2 sen!
Sukarnya mereka memperoleh rezeki.
Namun mereka tetap sabar menghadapinya.

Bismillahirahmanirahim…

“Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu,
dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan.
Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.”

Al-Baqarah 2:155

LIHATLAH HATI DI SELURUH ALAM

Indahnya dan ajaibnya semua ini.












Tuesday, May 26, 2009

hidup ini sebuah percaturan

assalamualaikum.

hari ini aku nk bercerita ttg kehidupan kita.
smua org sedia maklum bahawa kehidupan ini merupakan sebuah percaturan.

permainan catur? bagaimana ya?
permainan catur merupakan suatu permainan yang begitu mencabar dan menguji kemampuan kit a dalam membuat kepututsan yang paling tepat!
sekali kita membuat keputusan, tidak mudah bagi kita untuk merubahnya kembali (kecuali dlm sesetengah situasi saja)
kita hanya meletakkan sesuatu keputusan itu, sebagai percaturan kerana kita tidak tahu samada ada keputusan itu betul atau tidak.
kita perlu menunggu keputusan dari pihak lawan.
kita hanya melihat dari sudut yang kita nampak.
setiap manusia akan membuat keputusan yang terbaik tetapi kita tidak tahu adakah keputusan itu baik bagi pihak lain.
kita hanya menanti pihak lain memberikan respons dan komen atas perbuatan kita.
sebagai manusia, kita hanya melihat apa yang kita buat semuanya betul.kadangkala kita tidak tahu kesalahan kita.kita tidak nampak kesalahan kita.hanya orang lain yang boleh nampak kesalahan kita sebagaimana kita nampak kesalahan orang lain.

kita memilih jalan yang terbaik untuk menuju kejayaan dalam kehidupan kita namun kita tidak tahu apakah ianya benar2 akan terjadi seperti yang kita rancangkan.
hanya Allah s.w.t. saja yang mengetahui.
kita perlu berusaha untuk mencapai sesuatu dan kita berdoa agar Allah s.w.t. makbulkannya.

dalam kehidupan seharian kita, kita akan sentiasa membuat percaturan.
contohnya: kita membuat keputusan untuk memasak kek. itu hanyalah sebuah percaturan, kita tidak tahu samada kek itu akan menjadi ataupun sebaliknya (hangus!).
sebab itu kita jangan terlalu yakin dengan kek yang kita bt tu kerana kita belum tahu keputusan di penghujungnya.

jadi,dalam kehidupan ni,kita tidak pernah tahu apa yang akan terjadi diakhir sesuatu itu.
kita hanya boleh mengambil jalan yang kita pilih dan mengagak saja keputusan yang bakal kita perolehi sedangkan kita hanya merancang manakala semuanya akan ditentukan oleh ALLAH S.W.T....

p/s> berwaspadalah dalam membuat setiap keputusan dalam kehidupan anda..

wassalam....