Saturday, January 29, 2011

Yg menang menjadi kontroversi. knp begitu?

Perkara dh lama berlalu namun aku baru rasa mahu mengungkit.
Kasihan si Ana Raffali. Lirik lagu yang disusun begitu rapi.. menjadi kontroversi. Timbul rasa tidak puas hati terhadap Ana di atas kemenangannya di AJL baru2 ini. Sudah rezekinya. Dan paling tidak dapat diterima akal apabila semua orang menyalahkannya atas kemenangan itu sedangkan yang membuat pilihan adalah para juri. Mengapa tidak mempersalahkan para juri? Mengapa semua tuduhan dijatuhkan pada Ana yang tidak tahu apa2? Bagi aku, lirik lagu Tolong Ingatkan Aku begitu bagus. Tidak dapat disangkal lagi. Ana memang hebat dalam menyusun lirik itu. Kelihatan jujur keluar dari hatinya. Mengapa kita mempertikaikan keikhlasan dan kejujuran Ana? Adakah Ana yang meletakkan dan mengiktirafkan dirinya pemenang sesuka hatinya? Tidak bukan? Jadi.. Ana sama sekali tidak bersalah. Tiada kata yang mampu terucap dari bibir ini tatkala meneliti kembali satu persatu kata-kata Tolong Ingatkan Aku. Begitu puitis. Begitu mendalam maksudnya. Sukar difahami. Sukar dimengertikan. Tetapi setelah menghayatinya beberapa kali.. Ana seolah2 berada di dalam diriku. Benar2 mengerti setiap bait kata di dalam puisi itu. Begitu mencengkam jiwa. Ana.. tabahlah menghadapi kontroversi ini. Buktikan Ana mampu! Jika Ana tidak mempunyai peminat tidak apa2.. janji dia punyai hati tulus. Hati yang menulis puisi dengan tulus. Cuba kita fikirkan.. adakah Ana akan memberontak jikalau dia tidak menang?? Pasti tidak bukan.. Jadi mengapa harus kita pula yang memberontak?? Kerana kita adalah pendengar?? Berapa juta sudah kita keluarkan untuk membuat artis pujaan kita menang?? Berapa juta?? Sila tampil sekiranya anda sudah menyogokkan wang berjuta Ringgit Malaysia namun artis anda masih tidak menang. Tampil membuat aduan. Hahaha... Aku bukan penyokong Ana namun 2 hari selepas kemenangannya.. aku jadi terfikir. Kasihan Ana kan? Tidak bersalah namun dipersalahkan. Sungguh kasihan... Bagaimana ya dia menghadapi semua lontaran yang tidak berasas itu? Bagaimana? Bagaimana pula jika anda pula yang berada di tempat tersebut? Bagaimana..? Jangan mempertikaikan orang lain sebelum anda menilai diri anda dahulu. Mampukah anda menghasilkan lirik lagu sebaik Ana Raffali? Pasti iya bukan? Anda kan hebat. Lebih hebat dari orang lain.

Cubalah kita menghayati, apa yang cuba anda sampaikan...

Ana Raffali ---- Tolong Ingatkan Aku

Jangan disusun kata-kata penamat
Jangan disebut baris ayat keramat
Biar lenyap diserap sunyi
Biar senyap yang tak menyepi

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa

Mari patahkan papan markah lama
Mari padamkan buku tiga lima
Biar luka sembuh sendiri
Biar lupa dimakan hari

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Kau dampingi aku
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Bila marah merasuk minda
Kecewa menyelubungi jiwa
Aku lupa

Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa
Ku teringatkanmu
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Tolong ingatkan aku kisah kita
Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa

Tolong ingatkan aku
Kisah kita...

Sekian dari aku..

Assalamualaikum w.b.t.

......

No comments:

Post a Comment